Isu jual tanah masih disiasat - Utusan Malaysia

Isu jual tanah masih disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim pernah dipanggil untuk memberi kete­rangan berhubung kontroversi penjualan tanah milik kerajaan bernilai RM2 bilion di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu, setakat ini pihaknya belum bercadang untuk memanggil Muhammad dan beberapa kakitangan BNM lain untuk diambil ke­terangan dalam masa terdekat ini.

“Keterangan ter­akhir Muhammad diambil pada Julai lalu dan buat masa ini tiada sebarang ke­perluan untuk memanggil bekas Gabenor BNM untuk memberi keterangan lagi,” kata sumber itu ketika dihubungi semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN