SINGAPURA 12 Nov. – Perjanjian air 1962 adalah satu daripada perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan rakan sejawatan beliau dari Singapura, Lee Hsien Loong, hari ini. “Kami membangkitkan beberapa isu sebelum ini yang dianggap sebagai kontroversi,’’ kata Dr. Mahathir kepada wartawan di Majlis Minum Petang Bersama Diaspora Malaysia di sini. “Saya berpendapat saya perlu menyatakan pendirian kita tentang perkara itu. Saya…










