JOHOR BAHRU – Seorang juruwang cedera parah apabila ditikam dan dikelar berulang kali oleh suaminya dalam kejadian di pasar raya Kip Mart di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang pada malam Sabtu lalu.
Dalam kejadian pada pukul 9.30 malam, wanita berusia 21 tahun itu berlumuran darah akibat mengalami kecederaan di leher, bahu dan dada dipercayai dicederakan menggunakan pisau pemotong sayur oleh suaminya itu.
Serangan ngeri dalam pasar raya itu berlaku ketika mangsa bekerja dan disaksikan oleh orang ramai. Selepas dua hari berlaku, mangsa menerusi akaun Facebook semalam memuat naik gambar keadaan lehernya yang menerima jahitan serta diiringi kata-kata mengecam suaminya itu.
“Kau kelar leher aku, kau tikam belakang aku banyak sekali, kepala aku darah. Kau memang kejam ******. Tunggu balasan daripada Allah,” tulis wanita itu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










