KOTA BHARU – Seorang wanita buntu apabila suaminya hilang tanpa khabar berita sejak Julai tahun lalu selepas didakwa menjadi mangsa culik lima lelaki di Jalan Pekeliling, Taman Maju di sini.
Nur Azra Syazwani Abdullah, 25, yang mengimbas kejadian berkata, suaminya, Mohamad Aiman Zafri, 25, diculik tiga lelaki ketika mereka baru pulang dari tempat kerja menaiki sebuah kereta Perodua Kancil kira-kira pukul 11.15 malam pada 5 Julai 2017.
“Ketika berhenti di sebuah kedai runcit di Taman Maju, sebuah kereta jenis Kia berhenti sebelum tiga lelaki bersenjatakan kayu keluar dan memaksa suami masuk ke kenderaan tersebut.
“Saya sempat melihat dua lagi lelaki berada di dalam kereta. Suami digari dan dibawa pergi. Lima minit kemudian, suami menghubungi meninggalkan pesan supaya menghubungi adik ipar untuk mengambil saya,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










