Isa Samad dimasukkan ke IJN - Utusan Malaysia

Isa Samad dimasukkan ke IJN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 14 Nov. – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, 69, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara, kelmarin.

Isteri beliau, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid memberitahu, suaminya masih berada di IJN dan keadaannya baik.

Beliau berkata, Mohd. Isa dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan rutin setiap lima tahun.

“Ramai yang menghubungi saya bertanyakan keadaan beliau dan saya beritahu jangan khuatir,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Gambar bekas Naib Presiden UMNO itu yang sedang mendapatkan rawatan tular dalam aplikasi WhatsApp ketika ini.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ahli Parlimen Jempol itu merupakan salah seorang daripada tujuh calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN