IPRMSA anjur Malam Cinta Syria - Utusan Malaysia

IPRMSA anjur Malam Cinta Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 12 Nov. – Persatuan Pelajar Institut Perhubungan Awam (IPRMSA) Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal menganjurkan Malam Cinta Syria pada Khamis ini bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada pelarian perang negara itu yang kini berada di kem pelarian di Lebanon, Jordan dan Turki.

Dalam kenyataannya, IPRMSA memaklumkan, program yang akan dilangsungkan di Dewan Muktamar, Masjid Tuanku Mizan, UiTM Shah Alam itu dibuat dengan kerjasama Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM).

“Dana yang diperolehi menerusi program ini akan disalurkan untuk projek ‘Winter Mission’ di Lebanon, Jordan dan Turki yang akan dijayakan oleh CSM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, program ini juga bertujuan menyokong dan membangkitkan kesedaran orang ramai, khususnya dalam kalangan pelajar UiTM terhadap projek kesukarelawan,” jelas IPRMSA, di sini hari ini.

Yang dijangka turut hadir pada Malam Cinta Syria ialah Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Musa Nuwayri dan penyanyi yang juga duta CSM, Aizat Amdan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×