JIKA mengimbas kembali kejayaan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Malaysia begitu megah sekali menjadi juara keseluruhan apabila mencapai 145 pingat emas. Kejayaan tersebut dilihat seolah-olah mampu menjadi momentum dan pemangkin Malaysia untuk mencapai kejayaan memberangsangkan pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia April lalu. Bagaimanapun, pencapaian pada Sukan Komanwel tidak seindah khabar yang dicanang-canangkan apabila hanya meraih tujuh pingat emas atau cukup-cukup makan. Apa tidaknya, sasaran sepatutnya…










