Indonesia hentikan pencarian mangsa nahas Lion Air - Utusan Malaysia

Indonesia hentikan pencarian mangsa nahas Lion Air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 10 Nov. – Pihak berkuasa Indonesia sudah menghentikan operasi mencari mangsa nahas pesawat yang mengorbankan 189 penumpang dan kru, namun akan terus mencari kotak hitam kedua dan perakam suara kokpit penerbangan Lion Air itu.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Muhammad Syaugi berkata, tiada lagi lokasi untuk dicari dan pihaknya tidak lagi menjumpai mayat mangsa.

“Kami akan mengehadkan operasi kepada pemantauan sahaja,” katanya.

Pesawat penumpang Boeing 737 MAX yang baharu itu terhempas di lautan pada 29 Oktober lalu sebaik berlepas dari Jakarta dalam perjalanan ke pulau Bangka di Sumatera.

Syaugi berkata, 196 beg mayat mengandungi bahagian tubuh mangsa berjaya diperoleh dan 77 mangsa telah dikenalpasti selepas pemeriksaan forensik.

Katanya lagi, pihak berkuasa sudah memuat turun data daripada salah satu kotak hitam yang ditemukan pada minggu lalu iaitu perakam data penerbangan, namun masih mencari perakam suara kokpit.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN