MEMILIH Datuk M. Nasir untuk bergandingan menjayakan Konsert Duo Legenda, Datuk Jamal Abdillah, 59, mengakui, sudah lama menyimpan hasrat untuk berkolaborasi dengan Sifu Muzik itu. Seperti juga dirinya yang mempunyai ramai peminat, sebagai penyanyi legenda yang mempunyai pengikut tersendiri pastinya memberikan nilai tambah kepada gabungan mereka dengan suatu persembahan yang akan menjadi memori. “Sudah tentu saya mahu berkolaborasi dengannya kerana dia seorang legenda dan sifu dalam industri muzik tempatan. Ini pilihan yang tepat,” kata Jamal yang juga terkenal dengan jolokan Raja Pop Malaysia. Mengakui dia juga teringin untuk menjalinkan kerjasama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya