SUASANA di kedai fizikal pertama Amaxmall, gedung beli-belah online yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada hari itu cukup gamat. Majlis meraikan kejayaan pembukaan yang dikenali sebagai Pop-Up Store Amaxmall tersebut diadakan dengan penuh besar-besaran. Orang ramai yang berada berdekatan tidak melepaskan peluang untuk meninjau sekali gus memenuhi ruang pekarangan kedai yang menyajikan lebih 20 kategori produk termasuklah makanan, produk kesihatan, barang elektrik dan elektronik, fesyen serta…










