KUALA LUMPUR 27 Nov. – Ikan laga spesies Candy berharga RM150 yang merupakan antara spesies baharu dan popular kini dipamer serta dijual dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 yang bermula 22 November lalu sehingga Ahad ini. Usahawan ikan laga, Mohd. Fajiha Alaihis, 27, berkata, spesies tersebut yang mempunyai pelbagai warna juga mendapat perhatian pengunjung selepas mencatatkan harga melebihi RM6,000 seekor di pasaran antarabangsa. Selain itu, Mohd. Fajiha turut membawa lapan spesies lain dalam pameran MAHA kali ini ekoran permintaan tinggi dan semakin popular. “Antara spesies yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya