Identiti mayat reput di Pulau Redang belum dikenal pasti - Utusan Malaysia

Identiti mayat reput di Pulau Redang belum dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Identiti mayat seorang lelaki yang ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan mereput berhampiran pantai Teluk Rotan di Pulau Redang kelmarin masih belum dapat dikenal pasti.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman, sehingga kini tiada sebarang laporan diterima daripada mana-mana individu berkaitan kehilangan ahli keluarga.

“Proses bedah siasat ke atas mayat yang ditemui dijalankan pagi ini di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan lanjut juga masih diteruskan bagi mengenal pasti identiti mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. 

Kosmo! hari ini melaporkan dua pemancing ikan terkejut apabila menemui satu mayat lelaki dengan kaki kanan diikat sebuah batu pemberat berhampiran pantai Teluk Rotan di Pulau Redang.

Kedua-dua lelaki tersebut menemui mayat yang terapung itu pada pukul 7.15 pagi.

Pemeriksaan mendapati kaki kanan mayat lelaki itu diikat dengan batu pemberat seberat satu kilogram. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN