ICERD: Ratifikasi khianati toleransi nenek moyang - Utusan Malaysia

ICERD: Ratifikasi khianati toleransi nenek moyang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Tindakan kerajaan mahu me­ratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan membunuh semangat toleransi leluhur tinggi yang diamalkan nenek moyang sejak penubuhan negara.

Eksekutif Yayasan Perpaduan Negara, Ishak Sairozi berkata, barisan kepimpinan kerajaan baharu dilihat lebih ingin memperjuangkan dasar yang disokong dunia berban­ding dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh negara sendiri seperti yang terkandung dalam Perlembagaan.

ICERD
 

“Atas nama kesamarataan, ratifikasi ICERD kini diperjuangkan, kononnya demi membentuk negara yang tidak mendiskriminasi dan melebih-lebihkan satu-satu kaum dalam satu negara. Adakah ini wajar atau hanya dendam kesumat politik terhadap kerajaan lama yang bermain isu kaum atau agama semata-mata?

Memuatkan artikel berkaitan…

“(Bagaimanapun) Perlembagaan dicipta dengan penuh rasa cinta, rasa menghormati sesama bangsa, tidak berniat menindas dan membalas semu­la rasa toleransi yang disemai pada sebuah tanah air bernama Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas cubaan kerajaan Pakatan Harapan untuk meratifikasi ICERD pada awal tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN