ICERD perlu dinilai sedalam-dalamnya - Mukhriz - Utusan Malaysia

ICERD perlu dinilai sedalam-dalamnya – Mukhriz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERLUN 9 Nov. – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan, tiada keperluan untuk negara ini meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) seperti dimahukan pihak tertentu.

Menurutnya, dasar sedia ada di Malaysia mewujudkan keadaan yang aman damai dan atas sebab itu, tidak perlu untuk negara ini ‘meminjam’ dasar asing yang sudah tentu tidak mengambilkira persekitaran unik di Malaysia. 

“Perkara itu perlu dinilai sedalam-dalamnya kerana kita tidak mahu sesuatu yang melanggar Perlembangaan Persekutuan dibawa masuk ke negara ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau kita faham, tujuan ICERD adalah untuk memberi kesamarataan kepada golongan minoriti tetapi dalam negara ini, kita ada satu keadaan unik di mana pihak yang terpinggir dari arus pembangunan perdana adalah golongan majoriti,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan kepada lebih 100 pelajar yang melanjutkan pelajaran peringkat tinggi antaranya diploma, ijazah dan ijazah kedoktoran di Dewan Padang Sera di sini, hari ini. 

Sebelum ini Menteri Pembangunan Usahawan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof serta Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Mukhriz menambah, atas faktor yang dinyatakannya itu, beliau berpandangan situasi sebenar di negara ini langsung tidak sama dengan asas kewujudan ICERD. 

“Dalam hal ini saya fikir ramai yang berpandangan supaya kepentingan majoriti mesti diberi pertimbangan sewajarnya seperti termaktub dalam Perlembagaan.

“Maka saya berpendirian tiada keperluan untuk kita meratifikasi ICERD. Dari semasa ke semasa, kerajaan akan melihat apa lagi yang boleh dibuat bagi memastikan keadilan untuk semua pihak tercapai tetapi tidak semestinya menerusi ICERD,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN