KUALA LUMPUR 8 Nov. – Pertemuan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Rawa dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berkaitan isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) malam tadi bersifat satu hala. Presiden Persatuan Peguam- Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, dalam pertemuan selepas solat Isyak tersebut Mujahid hanya menyampaikan ucapan dan mendengar dan mengambil nota pandangan yang dilontarkan…










