ICERD agenda membunuh pendidikan Melayu - Utusan Malaysia

ICERD agenda membunuh pendidikan Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, IKATAN Guru-Guru Muslim Malaysa (i-Guru) membantah sekeras-kerasnya kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy dan usaha pihak kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Untuk Memansuhkan Semua Bentuk Diskriminasi Perkaumnan (ICERD) pada tahun hadapan.

Kami berpandangan langkah ini akan memberi kesan besar kepada pendidikan terutama pendidikan kaum Melayu iaitu kaum teras di Malaysia sekali gus akan berlaku penghapusan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera dalam perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk hak-hak istimewa orang Melayu dalam pendidikan seperti biasiswa, kemasukan pelajar ke universiti awam, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar rasmi dalam sistem pendidikan akan tergugat.

Kami melihat pendidikan anak-anak Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak perlu dibantu dan terus dibela terutama sekolah-sekolah kebangsaan di luar bandar dan pendalaman yang perlukan kemudahan infrastruktur dan prasarana yang lengkap.

Kami juga merasakan jurang kekayaan dan pendidikan yang berbeza menuntut hak pendidikan anak–anak Melayu dan bumiputera diberi keutamaan terutama biasiswa, nisbah peratus tinggi untuk kelayakan ke universiti awam dan institusi-institusi pendidikan untuk kaum Melayu seperti MRSM dan sekolah-sekolah agama.

Usaha meratifikasi ini akan membunuh peluang pendidikan anak-anak Melayu dan menggugat perpaduan dan keharmonian kaum. Justeru itu, i-Guru bersama dengan pertubuhan bukan kerajaan Melayu Islam lain menyeru seluruh rakyat Malaysia dan pemimpin Melayu supaya bangun bagi membantah usaha meratifikasi ICERD.

MOHD. AZIZEE HASAN

Presiden i-Guru

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN