HUSM juara Futsal Jabatan Kecemasan - Utusan Malaysia

HUSM juara Futsal Jabatan Kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 3 Nov. – Pasukan futsal Lelaki A Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian muncul juara pada Kejohanan Futsal Jabatan Kecemasan dan Trauma Kali Ke-5 melibatkan seluruh hospital zon timur di Kuantan, Pahang hari ini.

Mereka membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM1,000 dan medal.

Lebih manis pasukan futsal HUSM Lelaki B menggondol tempat ketiga.

Sementara itu, pasukan futsal Wanita HUSM pula muncul tempat kedua kategori wanita dalam kejohanan itu selepas tewas kepada pasukan Hospital Raja Perempuan Bainun Ipoh, Perak. – UTUSAN ONLINE

Pada perlawanan akhir, pasukan Lelaki A HUSM berjaya menundukkan pasukan Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh dengan jaringan 1-0.

Pasukan futsal HUSM dikendalikan oleh Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HUSM, Prof. Madya Dr. Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman dan Yang Dipertua

Kelab Pengurusan Sukan dan Kebajikan Staff Kampus USM (KESUKAS), Dr Mohamad Ibariyah Iberahim yang turut sama telibat sebagai pemain. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN