Hulu Langat dilanda banjir lumpur - Utusan Malaysia

Hulu Langat dilanda banjir lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Hujan lebat tanpa henti selama lebih sejam mengakibatkan banjir lumpur melanda Jalan Putra di Hulu Langat, dekat sini hari ini.

Menurut Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira pukul 5.30 petang.

“Kejadian melibatkan laluan utama menghala ke Bukit Ampang dan kawasan tersebut merupakan kawasan rendah yang berdekatan dengan pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang.

“Kita percaya pembinaan itu menjadi punca banjir lumpur tersebut bagaimanapun kita akan terus memantau serta membuat tindakan sususlan,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN