KUALA LUMPUR – Kabinet telah memutuskan hukuman mati bagi 32 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong (gambar) berkata, keputusan itu dicapai secara kolektif pada 10 Oktober lalu.
Jelas beliau, akta tersebut terdiri daripada Kanun Keseksaan (Akta 574), Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961 dan Akta Angkatan Tentera 1972.
Selain itu, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 antara lapan akta tersebut.
“Susulan daripada keputusan itu, satu memorandum telah diedarkan kepada semua kementerian berkaitan untuk mendapatkan pandangan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










