RANTAU PANJANG 9 Nov. – Fenomena hujan lebat tanpa henti yang digelar ‘tidak celik mata’ selama dua hari berturut-turut dijadikan petanda kepada penduduk berhampiran Sungai Golok, khususnya Kampung Siram, di sini bahawa mereka bakal berdepan dengan banjir. Seorang penduduk, Che Nab Senik, 70, berkata, apabila tiba situasi itu, dia dan keluarga akan membuat persiapan termasuk memindahkan semua harta benda dan binatang ternakan ke tempat yang lebih selamat. Menurutnya, hujan tak…










