LANGKAWI – Hospital Daerah Langkawi dinamakan semula kepada Hospital Sultanah Maliha (HSM) sempena nama Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff bermula hari ini. Pegawai Daerah Langkawi, Muhamad Arof Darus berkata, kerajaan negeri sudah mewartakan pertukaran nama itu serta memperuntukkan RM20,000 bagi membantu pihak pengurusan hospital menukar papan tanda nama hospital yang sedia ada kepada nama baharu itu. “Pertukaran nama itu dilakukan sempena pertabalan Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Sultan Kedah ke-29 pada 22 Okt lalu,” katanya kepada media selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-103 HSM dan Hari Penderma…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya