Hormati Perlembagaan Persekutuan isu edaran Bible kepada umat Islam - Mufti - Utusan Malaysia

Hormati Perlembagaan Persekutuan isu edaran Bible kepada umat Islam – Mufti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 9 Nov. – Mufti negeri, Datuk Dr. Wan Salim Mohd. Noor meminta semua pihak menghormati Perlembagaan Persekutuan berhubung isu pengedaran kitab Bible di Bukit Mertajam, baru-baru ini.

Wan Salim Wan Mohd. Noor
WAN SALIM

Wan Salim berkata, tindakan menyebarkan ajaran agama lain kepada umat Islam di negara ini merupakan satu kesalahan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dihukum menurut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Perlembagaan melarang agama lain disebarkan kepada masyarakat Islam di negara ini tetapi membenarkan agama Islam disebarkan kepada bukan Islam.

“Ini merupakan satu keistimewaan bagi Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan tiada tindakan boleh diambil di empat negeri termasuk Pulau Pinang terhadap individu tertentu yang mengedar Bible kepada masyarakat Islam.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, kurang kesedaran di kalangan umat Islam berhubung keistimewaan agama Islam seperti dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan menyebabkan mereka tidak berusaha menyebarkan kepada penganut agama lain di negara ini.

“Ini menyebabkan majoriti masyarakat bukan Islam terus jahil dan tidak memahami agama Islam sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN