ISU agama adalah perkara yang sangat sensitif dalam negara kita yang didiami pelbagai kaum. Majoriti rakyat kita menghormati budaya dan kepercayaan kaum lain. Itulah rahsia perpaduan kita selama ini. Tindakan pihak tertentu yang cuba mengedar risalah agama di kawasan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam adalah tindakan orang yang tidak waras fikirannya. Sekolah adalah tempat membentuk generasi masa hadapan serta tempat menimba ilmu, bukan tempat menjaja dan cuba menyogok fahaman…










