HKL anjur forum hidrosefalus esok - Utusan Malaysia

HKL anjur forum hidrosefalus esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan menganjurkan forum awam berhubung penyakit hidrosefalus esok bertempat di Auditorium Utama hospital berkenaan.

JADUAL atur cara forum awam berhubung penyakit hidrosefalus yang akan diadakan di Auditorium Utama HKL, esok.

Menurut kenyataan HKL, forum yang diadakan pada pukul 1.30 tengah hari itu bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai penyakit berkenaan dan peluang berinteraksi dengan pakar dari luar negara.

“Program ini diadakan bersempena ‘Hydrocephalus Symposium 2018’ dengan kerjasama World Federation of Neurosurgical Societies dan Malaysia Special Interest Group in Pediatrik Neurosurgery.

“Program akan dirasmikan oleh Pengarah HKL, Heric Corray dan dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan,” kata kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN