Hina hitam: buat laporan polis - Utusan Malaysia

Hina hitam: buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
BARU-BARU ini, ‘drama’ promosi produk kecantikan memakan diri seorang usahawan kosmetik terkenal sehinggakan terpaksa membuat penjelasan semua yang berlaku hanya lakonan semata-mata.

Ini bukan kali pertama dan pastinya bukan kali terakhir kaedah promosi tidak bemaruah ini digunakan untuk menjual produk kerana langsung tiada tindakan daripada pihak berkuasa mahupun kerajaan terhadap usahawan kosmetik tersebut.

Oleh itu, saya sarankan mana-mana pihak yang terasa ataupun berkecil hati dengan insiden terbaharu ini membuat laporan polis terhadap usahawan tersebut atas dasar isu perkauman, menghina fizikal manusia khususnya warna kulit seseorang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Biar polis menyiasat sama ada tindakan usahawan tersebut melampaui batas dan boleh dianggap sebagai perkauman khususnya terhadap mereka yang berkulit gelap.

Begitu juga dengan usahawan kosmetik transeksual, buat laporan polis atau kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atas dasar cubaan menipu kerana mengiklankan alat solek ‘lelaki’ sebagai produk kosmetik untuk wanita.

Kita tidak perlukan peniaga kosmetik sebegini kerana jelas mereka hanya mengejar kekayaan peribadi sedangkan ada banyak lagi usahawan kosmetik bermaruah di luar sana yang wajar disokong.

MAMI JARUM

Kepala Batas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×