Himpunan satukan Melayu pertahan hak - Utusan Malaysia

Himpunan satukan Melayu pertahan hak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 12 Nov. – Pas Perak menyo­kong penganjuran Himpunan Perpaduan Ummah di Kampung Gajah pada Sabtu ini yang mampu menjadi pencetus kepada gerakan ke arah penyatuan Melayu.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, himpunan itu perlu diadakan untuk menyedarkan orang Melayu dan Islam terha­dap pelbagai isu dan bangkit un­tuk mendaulatkan hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, antaranya isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Ben­tuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dili­hat sebagai satu proses untuk melunturkan ke­kua­saan Melayu dan Is­lam secara perlahan-lahan di negara ini.

da
RAZMAN ZAKARIA

“Sekarang ini kita lihat sudah ada edaran risa­lah-risalah Kristian di se­ko­lah sebelah uta­ra, bu­daya lesbian, gay, bisek­sual dan transgender (LGBT) juga nampak begitu berani sekali di Malaysia walaupun ia larangan agama yang kita yakin mengundang kepada bala Allah.

“Jadi, pentingnya orang Melayu Islam datang berkumpul supaya ada kesedaran agar pro­ses penghapusan kuasa ini tidak akan dilakukan secara perlahan-lahan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Memetik beberapa contoh negara lain, Razman memperingatkan tentang kehi­la­ngan negeri-negeri Melayu di Thailand termasuk kerajaan pe­merintahan Islam di Cordova, Se­panyol serta di India.

“Kesemuanya sudah tiada lagi negara Islam di sana. Ba­gai­mana Filipina dahulu ada raja, sekarang sudah tidak ada, jadi perlu ada kesedaran.

“Inilah isu yang menyebabkan kita duduk bersama. Kese­daran ini dibawa oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi kita sebagai pemimpin, hadir memberikan sokongan kepada himpunan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Razman berkata, jika tidak dapat hadir sekali pun, umat Islam di negeri ini diminta memberi sokongan kepada penyatuan Melayu Islam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN