Himpunan bantah ICERD di Kuantan Jumaat ini - Utusan Malaysia

Himpunan bantah ICERD di Kuantan Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 13 Nov. – Satu perhimpunan aman bagi membantah pengiktirafan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Malaysia akan diadakan di pekarangan masjid negeri di sini, Jumaat ini.

POSTER perhimpunan
Poster Bantah ICERD

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Andansura Rabu berkata, perhimpunan yang bermula selepas solat Jumaat itu bertujuan mewujudkan kesedaran tentang ancaman terhadap umat Islam akibat ratifikasi ICERD tersebut.

“Perhimpunan aman ini merupakan gabungan kerjasama antara Pas, UMNO, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Umat Islam dijempur hadir beramai-ramai ke himpunan ini untuk membantah ICERD,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×