Hilang suami, anak satu ujian buat Rohana - Utusan Malaysia

Hilang suami, anak satu ujian buat Rohana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG 14 Nov. – Perasaan sedih kematian suami sejak 46 hari lalu masih lagi berbekas di hati, seorang wanita Rohana Harun, 50.

Hari ini, wanita berkenaan terus diuji apabila anak tiri yang cukup disayangi ditemukan lemas selepas dikatakan terjun ke dalam Sungai Golok akibat disapa oleh anggota penguatkuasa Thailand dalam kejadian malam Isnin lalu.

Mayat, Mohd. Sayuti Nawi, 38, ditemui pada pukul 11 pagi oleh anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Rantau Panjang kira-kira 800 meter dari pangkalan parking, tempat dia terjatuh.

Rohana berkata, kehilangan dua insan tersayang dalam masa terdekat amat memilukan kerana ia seolah-olah berlaku dengan pantas.

Menurutnya, bagaimanapun dia reda dan menerima apa yang berlaku ini sebagai satu ketentuan dari Ilahi.

“Sungguhpun berat untuk berhadapan ujian itu, saya tetap bersyukur apabila mayat Mohd. Sayuti ditemui dengan cepat,” katanya.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, Mohd. Sayuti yang dikatakan sedang menunggu bot untuk menyeberangi sungai ke sebelah Malaysia didakwa bertindak diluar jangkaan dengan terjun apabila terkejut ditegur anggota keselamatan Thailand. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN