ORANGNYA masih muda, tinggi lampai dan kulit wajahnya putih melepak. Loghat utara yang mengalir pekat dalam bicaranya pula menjadi suatu tarikan buat penyanyi muda bernama Masya Masyitah. Muncul dengan single terbaharu berjudul Halimunan, Masya, 18, yang ditemui Kosmo! pada sesi fotografi di Studio Utusan baru-baru ini masih bertatih dalam melantunkan kata, namun tetap tenang dalam menjawab sebarang pertanyaan. Dia masih polos, belum disinggahi debu industri yang mengintai sosoknya. Bertudung dan masih remaja, pemilik nama lengkap Siti Nur Masyitah Mohd. Yusoff itu bagaimanapun sudah acap kali menerima kecaman daripada netizen yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya