JERANTUT 16 Nov. – Impian Muhammad Haziq Ikhwan Azeman, 13, dari Felda Kota Gelanggi di sini adalah untuk bergelar pemain bola sepak profesional dan menyarung jersi pasukan kebangsaan suatu hari nanti. Masa depannya dalam sukan itu pada mulanya dilihat cerah apabila dia tersenarai sebagai finalis Kem Bola Astro-Barcelona 2016 dan banyak mengecapi kejayaan selain memenangi anugerah pemain terbaik serta penjaring terbanyak dalam kejohanan yang disertainya. Namun perjalanannya untuk menggapai impian terhenti malam tadi apabila dia menghembuskan nafas terakhir akibat kanser darah tahap tiga. Arwah yang lebih dikenali dengan panggilan Haziq…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya