Hatrik Cavani bantu PSG benam Monaco - Utusan Malaysia

Hatrik Cavani bantu PSG benam Monaco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS, Perancis 12 Nov. – Segalanya tampak tidak menjadi buat pengendali baharu As Monaco, Thierry Henry apabila terus dirundung malang dibelasah 4-0 oleh Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi tadi.

Jaringan hatrik penyerang, Edinson Cavani dan satu gol sumbangan Neymar memastikan skuad bimbingan Thomas Tuchel itu merekodkan kemenangan ke-13 dalam 13 perlawanan sementara Henry masih gagal mencatat sebarang kemenangan dalam enam perlawanan.

Juara 2017, Monaco kini berada di zon penyingkiran di kedudukan ke-19, ketinggalan lima mata daripada zon selamat.

Untuk rekod, Monaco kini gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 16 perlawanan, tewas 4-0 di laman sendiri menentang Club Brugge pertengahan minggu lalu sekali gus tersingkir daripada aksi Liga Juara Juara Eropah.

Sebaliknya, PSG terus gah di persada Ligue 1 dengan kelebihan 13 mata mengatasi pencabar terdekat, Lille. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN