Hasnul Zulkarnain belum sedia lepas jawatan - Utusan Malaysia

Hasnul Zulkarnain belum sedia lepas jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR 4 Nov. – Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim menegaskan beliau tidak akan melepaskan jawatannya walaupun didesak oleh penyokong pasukan Perak.

HASNUL
HASNUL ZULKARNAIN

Menurutnya, bagaimana pun jika Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu memberikan arahan supaya berundur, beliau akan akur.

Katanya, satu mesyuarat Pafa akan diadakan pada Khamis ini bagi membincangkan perkara tersebut untuk ahli gabungan membuat keputusan mengenai isu tersebut.

“Buat masa ini saya tidak berhasrat untuk berundur daripada menerajui Pafa kerana saya masih menerima mandat daripada ahli gabungan. Saya telah meminta maaf kepada semua pihak di atas kesilapan saya.

“Saya berjanji tidak akan mengulanginya. Sebagai orang baharu dalam Pafa mungkin ada kelemahan dan kekurangannya,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penutup Karnival Sinar Harapan di Dataran Sungai Kerian, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN