PENYERANG sensasi negara, Safawi Rasid menggesa rakan-rakan sepasukan agar tidak memandang enteng terhadap Laos menjelang aksi kedua Kumpulan A Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam esok. Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui skuad kendalian Tan Cheng Hoe harus kekal fokus untuk meraih kemenangan kedua dalam misi mencerahkan peluang melepasi peringkat kumpulan bagi tahun ini. Terdahulu, Harimau Malaya menepati ramalan…










