Harimau Malaya tekad pamer belang - Utusan Malaysia

Harimau Malaya tekad pamer belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SKUAD Harimau Malaya mahu memulakan saingan Kumpulan A Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 bertemu Kemboja di Phnom Penh malam ini dengan langkah kanan.

Atas kertas, Malaysia yang dibimbing Tan Cheng Hoe (gambar) berupaya untuk mengulangi kejayaan menewaskan skuad Angkor Warriors 3-1 pada aksi persahabatan di Phnom Penh September lalu, namun suasana berbeza pasti dirasai pada kejohanan bola sepak terbesar di Asia Tenggara itu.

“Saya sangat berharap pemain-pemain dapat menyerap tekanan dengan baik dan melakar satu keputusan positif.

“Semangat pemain berkobar-kobar. Tiada masalah kecederaan (pemain-pemain) untuk perlawanan esok (malam ini) dan saya mahu ingatkan bahawa suasana perlawanan sangat berbeza,” ujar Cheng Hoe di Phnom Penh semalam.

Selain Kemboja, Malaysia akan turut menentang Laos dan Vietnam dalam saingan Kumpulan A.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN