HARIMAU Malaya bakal turun ke gelanggang Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 dengan suntikan motivasi positif selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Maldives pada aksi terakhir pemanas badan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe membuka jaringan menerusi Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak seawal minit ke-16 disusuli penyerang muda, Safawi Rasid menyumbat gol kedua (m-81) sebelum Mohamadou Sumareh memastikan kemenangan bergaya dengan meledak…










