HARIMAU Malaya bakal turun ke gelanggang Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 dengan suntikan motivasi positif selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Maldives pada aksi terakhir pemanas badan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe membuka jaringan menerusi Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak seawal minit ke-16 disusuli penyerang muda, Safawi Rasid menyumbat gol kedua (m-81) sebelum Mohamadou Sumareh memastikan kemenangan bergaya dengan meledak gol ketiga pada masa kecederaan. Apa yang pasti, kemenangan ke atas juara Piala Suzuki rantau Asia Selatan (SAFF) itu memberikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya