KUALA LUMPUR 9 Nov. – Biarpun pulang bersama tiga mata berharga dalam aksi pembukaan Piala AFF di Phnom Penh, namun Harimau Malaya masih jauh daripada prestasi terbaiknya dan perlu mengatasi kelemahan sebelum berdepan tiga lagi pasukan yang lebih kuat, Vietnam, Myanmar serta Laos. Penyerang berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-30 untuk membolehkan Malaysia menumpaskan Kemboja 1-0 dalam saingan Kumpulan A. Persembahan Vietnam dalam aksi pembukaan…










