Harimau baham 12 mangsa mati ditembak - Utusan Malaysia

Harimau baham 12 mangsa mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI 3 Nov. – Seekor harimau yang diburu selepas membaham lebih 12 mangsa dalam tempoh dua tahun mati ditembak dalam hutan di wilayah Maharashtra namun kematian haiwan itu mencetuskan kontroversi.

Pelbagai pihak mempertikaikan sama ada pembunuhan harimau yang dikenali sebagai T1 atau Avni kepada pencinta haiwan itu sah di sisi undang-undang.

Satu pasukan dianggotai lebih 150 orang telah menghabiskan masa berbulan-bulan memburu T1 yang mempunyai dua anak berusia 10 bulan.

Perburuan dilakukan dengan menggunakan para luncur dan berpuluh-puluh kamera infra merah manakala sekumpulan penembak tepat menunggang gajah untuk mencari haiwan itu.

Namun tercetus perbalahan apabila media melaporkan harimau itu ditembak di kawasan hutan Yavatmal tanpa usaha menggunakan ubat penenang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN