KULIM – Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2018 yang bermula hari ini berjalan lancar dengan harga 16 jenis barangan berada pada paras kawalan atau dijual pada harga lebih rendah. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, mengambil contoh tinjauannya ke Pasar Awam Kulim di sini hari ini, beliau mendapati masyarakat sedar bahawa skim itu sedang berjalan dan kesemua premis juga meletakkan tanda harga. “Saya tengok memang ada penurunan harga, bahkan ada beberapa item tertentu harganya…










