Harap kerajaan kaji mansuh hukuman mati - ibu Zara - Utusan Malaysia

Harap kerajaan kaji mansuh hukuman mati – ibu Zara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Saya sampai hilang anak, tapi cadangan memansuhkan hukuman mati seolah-olah pelaku tidak dikenakan hukuman berat.

Itu luahan Noraihan Ab. Aziz, 22, ibu kepada Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal, bayi 11 bulan yang meninggal dunia Jumaat lalu dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh apabila diminta mengulas mengenai keputusan Kabinet memansuhkan hukuman mati termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, hukuman mati terhadap kesalahan membunuh tidak sepatutnya dimansuhkan kerana melibatkan perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Tak sepatutnya dimansuhkan (hukuman mati) kerana kesalahan yang dilakukan melibatkan nyawa seperti kes kematian anak saya. Anak saya dah tiada jadi, saya berharap hukuman setimpal terhadap pelaku kerana apa dia lakukan sangat kejam.

“Jika boleh, saya harap pihak kerajaan nilai semula hukuman tersebut. Saya berharap hukuman mati dikekalkan untuk kesalahan berat seperti itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong memaklumkan Kabinet telah memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan, termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh de­ngan niat.

Susulan daripada keputusan itu, satu memorandum telah diedarkan kepada semua kementerian berkaitan untuk mendapatkan pandangan berkenaan.

Jumaat lalu, Nur Muazara meninggal dunia selepas dua hari dilaporkan tenat dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pe­ngasuh.

Hasil bedah siasat pihak Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa adalah impak tumpul pada kepala iaitu tempurung kepalanya pecah dan terdapat kesan lebam pada bahagian atas kepala kiri dan kanan.

Selain itu, terdapat kesan koyakan baharu pada selaput dara selain dubur mangsa dipercayai akibat penderaan seksual.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN