PULAU PINANG 14 Nov. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan kerajaan menghentikan pemberian lesen kepada restoran dan kedai makan yang beroperasi 24 jam ke arah mengurangkan risiko penyakit kencing manis atau diabetes dalam kalangan rakyat. Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, budaya makan lewat malam dalam kalangan orang ramai ketika ini dikesan merupakan antara penyumbang utama kepada peningkatan kes penyakit itu saban tahun. Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya…










