JOHOR BAHRU 10 Nov. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parlimen parti tersebut yang ingin menyertai Pakatan Harapan (PH) hanya akan diperguna untuk memperkuat parti tertentu dalam pakatan itu. Beliau berkata, walaupun ada usaha supaya pelompatan parti dilakukan, namun ahli parlimen mereka membuat keputusan untuk terus bersama parti itu. “Tentunya mereka berusaha menarik ahli parlimen ini untuk memperkuatkan parti yang bergabung dalam PH dan kita…










