Hanya 161 pengusaha dapatkan kelulusan sijil halal JHEAT - Utusan Malaysia

Hanya 161 pengusaha dapatkan kelulusan sijil halal JHEAT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 14 Nov. – Hanya 161 pengusaha produk dan pengendali premis makanan dan perkhidmatan  di negeri ini telah mendapatkan sijil halal daripada Bahagian Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sehingga kini.

Timbalan Pesuruhjaya JHEAT, Azam Awi berkata, sambutan terhadap keperluan sijil itu masih dingin dengan bilangan yang begitu kecil, dan 76 daripada jumlah keseluruhan itu  adalah sijil yang diluluskan pada tahun ini.

Katanya, pengusaha produk makanan dan minuman (termasuk kantin dan kafe) adalah jumlah yang tertinggi memperoleh sijil halal iaitu sebanyak 106, dikuti  premis makanan seperti hotel dan resort (37), barang gunaan (12) , rumah sembelihan (empat) dan kosmetik (dua).

“Usaha sedang ditingkatkan termasuk mengadakan promosi melalui program turun padang bagi menggalakkan lebih ramai pengusaha mendapatkan sijil halal bagi kepentingan perniagaan mereka sendiri dan masyarakat pengguna.

“Walaupun perolehan sijil  halal itu  tidak diwajibkan tetapi Bahagian Halal JHEAT tidak pernah lepas tangan bagi menggalakkan mereka di samping memastikan pengusaha tidak menyalahgunakan sijil halal berkenaan,”  katanya

Beliau berkata demikian selepas menutup Seminar Pemantapan Eksekutif Halal anjuran Bahagian Halal JHEAT di Permai Hotel di sini, hari ini.

 Yang tururt hadir, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Amri Abdullah.

Seramai 120 peserta yang mewakili agensi halal masing-masing menyertai seminar setengah hari itu yang bertujuan memberi pendedahan dan tanggunjawab mengenai produk halal.

Katanya, ada sesetengah pengusaha memandang remeh dengan mengatakan produk yang dihasilkan adalah halal’ termasuk dengan alasan hanya diedarkan di kawasan sekitar dan pengguna telah yakin dengan produk mereka. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN