Hampir 7,000 meriahkan Larian Keputeraan Sultan Perak - Utusan Malaysia

Hampir 7,000 meriahkan Larian Keputeraan Sultan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR 11 Nov. – Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2018 yang diadakan di Dataran Pavillion di sini hari ini, semakin mendapat sambutan hebat apabila berjaya menarik penyertaan sebanyak 6,916 peserta.

Lebih meriah apabila Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut mencemar duli berangkat menyertai acara larian tersebut.

Turut menyertai baginda berdua ialah dua anakanda baginda iaitu Raja Kecil Besar, Raja Datuk Seri Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman dan barisan exco kerajaan negeri.

Perak Sultan Nazrin Shah
SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan bergambar bersama skuad Perak FC pada acara Larian Hari Keputeraan Sultan Perak, hari ini. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. – UTUSAN ONLINE/BERNAMA

Terdahulu, Sultan Nazrin turut berkenan menyempurnakan upacara pelepasan peserta bagi kategori 15 kilometer, 10 kilometer dan tujuh kilometer.

Bagi pelepasan larian untuk kategori Orang Kenamaan sejauh 2.8 kilometer pula disempurnakan adinda baginda, Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Acara tersebut turut diserikan dengan kehadiran pasukan bola sepak Perak yang menjuarai Piala Malaysia diketuai oleh ketua jurulatihnya, Mehmet Durakovic serta pasukan hoki Perak yang telah memenangi Piala Razak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×