SAO PAULO 12 Nov. – Pelanggaran yang berlaku antara pemandu Force India, Esteban Ocon dengan Max Verstappen dari Red Bull memberi keuntungan kepada juara dunia, Lewis Hamilton untuk menjuarai Grand Prix Formula Satu (F1) Brazil, hari ini. Verstappen mendakwa hampir memenangi perlumbaan itu tetapi kemalangan pada pusingan ke-44 membolehkan Hamilton muncul juara, dan dia pula terpaksa berpuas hati di tangga kedua. Berang dengan apa yang berlaku, pemandu Belanda berusia 21…










