Hamilton menang, Verstappen hampir bertumbuk - Utusan Malaysia

Hamilton menang, Verstappen hampir bertumbuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO 12 Nov. – Seorang pelumba Formula Satu (F1), Max Verstappen didakwa cuba menumbuk pelumba dari pasukan lain, Esteban Ocon selepas jentera mereka bergesel pada Grand Prix (GP) Brazil yang dimenangi juara dunia, Lewis Hamilton.

Verstappen yang memandu untuk pasukan Red Bull dirakam oleh kamera televisyen menolak Ocon dari pasukan Force India beberapa kali di bilik timbang badan sebaik perlumbaan tamat sambil mengancam mahu menumbuknya.

Terdahulu kedua-dua pelumba berlanggar sesama sendiri pada pusingan ke-44 dalam saingan di Litar Interlagos itu menyebabkan Verstappen naik angin kerana insiden tersebut menjadi punca dia terpaksa menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Hamilton yang memandu Mercedes. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN