Hala tuju kaum India tidak jelas - Utusan Malaysia

Hala tuju kaum India tidak jelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 3 Nov. – Belanjawan 2019 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam dilihat tidak memberi penekanan serius terhadap penerusan agenda pembangunan sosioekonomi ka­um India.

Memuatkan artikel berkaitan…

Naib Presiden MIC, Datuk C. Sivarraajh berkata, dalam pembentangan tersebut, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hanya mengumumkan dua perkara khas yang melibatkan kepentingan pembangunan kaum itu di negara ini iaitu peruntukan sebanyak RM50 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil dan RM100 juta bagi menyokong komuniti India.

Sivarraajh Chandran
SIVARAAJH CHANDRAN

Beliau berkata, dua perkara yang diumumkan itu adalah inisiatif yang sudah dilakukan sebelum ini semasa era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Namun bebe­rapa inisiatif lain yang dilaksanakan khas untuk kaum India oleh kerajaan BN tidak diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan antaranya peruntukan RM50 juta melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Nia­ga (TEKUN) Nasional bagi membantu 35,000 usahawan dan pengenalan unit tambahan dalam Ama­nah Saham 1Malaysia bernilai RM1.5 bilion.

“Begitu juga penetapan kadar pengambilan tujuh peratus untuk universiti awam dan perkhidmatan awam selain kuota khas 1,500 orang ke Politeknik dan 2,200 orang ke program matrikulasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sivarraajh yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata, kesemua inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada Malaysian Indian Blueprint yang diperkenalkan kerajaan terdahulu dan dijanjikan untuk diteruskan menteri berkaitan, namun tidak disebut langsung dalam Belanjawan 2019.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang mendapat sokongan majoriti kaum India dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Pakatan Harapan perlu lebih peka terhadap keperluan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN