Hafizh mula cabaran esok di petak ke-23 - Utusan Malaysia

Hafizh mula cabaran esok di petak ke-23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 3 Nov. – Hujan yang turun membasahi trek, telah mengganggu rentak Hafizh Syahrin Abdullah setelah pelumba MotoGP negara itu hanya mampu menempah petak ke-23 pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 di Litar Antarabagsa Sepang, esok.

Pelumba Monster Yamaha Tech 3 itu mencatat masa sepusingan dua minit 16.825 saat (s) dalam sesi kelayakan, sebentar tadi.

Mengungguli aksi kelayakan, hari ini ialah juara dunia, Marc Marquez dari Sepanyol yang mencipta masa terpantas 2:12.161s, manakala tempat kedua menjadi milik rakan sepasukan Hafizh, Johann Zarco dari Perancis (2:12.709s) dan ketiga dihuni oleh legenda Itali, Valentino Rossi (2:13.009s). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN