SEPANG 3 Nov. – Walaupun mencatat keputusan buruk dalam sesi kelayakan hari ini, Hafizh Syahrin Abdullah tidak rela membiarkan peminat yang hadir untuk menyaksikan dia membuat penampilan sulung sebagai pelumba MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pulang dengan rasa kecewa esok. Pelumba pasukan Monster Yamaha Tech 3 itu sekadar menempah petak ke-23 dengan catatan masa sepusingan dua minit 16.825 saat (s) selepas sesi kelayakan Grand Prix Malaysia dilangsungkan di atas…










