KUASA pecutan terbaik jentera KTM RC16 yang menjadi taruhan Tech 3 dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim depan menggembirakan pelumba muda negara, Hafizh Syahrin Abdullah. Biarpun sempat melakukan 20 pusingan pada sesi ujian pertama di Litar Ricardo Tormo, Valencia kelmarin, namun ia sudah memadai bagi pelumba berusia 24 tahun itu merasai pengalaman pertama menunggang jentera RC16 itu. “Buat masa ini saya merasakan jentera ini sangat baik dari segi…










